Kesaksian oleh : John Tan
Ini adalah 2 keping gambar penglihatan yang hampir sama yang saya lihat di dalam mimpi rohani saya selepas berdoa dengan anak perempuan saya Erica pada akhir bulan Mei 2015.
Dalam penglihatan itu saya melihat bangunan di seluruh dunia runtuh disebabkan oleh gempa bumi besar yang kita semua tidak pernah dilihat sebelum ini dan orang ramai berlari tanpa arah dan destinasi. Dunia pada masa itu gelap tanpa cahaya, dan saya melihat Tuhan Yesus datang dengan berjuta-juta malaikat mengelilingi Dia dengan seri cahaya emas putih cerah bersinar.
Saya melihat sesetengah orang diangkat dan ini berlaku di seluruh dunia dan mereka terbang seperti burung yang ke ruang angkasa di mana kedudukan Tuhan berada.
Sebenarnya Erica pada waktu malam yang sama juga diurapi oleh Roh Kudus ketika berdoa dan Tuhan Yesus menunjukkan dia penglihatan akhir zaman iaitu waktu kedatangan Yesus kali ke-2.
Kedatangan kedua Tuhan begitu dekat,kita semua mestilah selalu berdoa dan menjalankan perintah Tuhan iaitu hidup suci dan saling mengasihi. Maranatha! Amin!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.